Review TGV MovieClub

Review Program Kesetiaan Kad TGV MovieClub | Salah satu aktiviti masa lapang kegemaran rakyat Malaysia adalah menonton wayang. Kini, terdapat pelbagai pilihan panggung wayang yang biasanya terletak di pusat membeli belah terkemuka. Di sesetengah lokasi pula terdapat 2 panggung berbeza seperti di One Utama, Damansara di mana terdapat panggung TGV di sayap lama (Old Wing) dan GSC di sayap baru (New Wing).




Mengambilkira persaingan yang semakin sengit, pihak TGV Cinemas telah memperkenalkan program kesetiaan yang dikenali sebagai TGV Movie Club yang disasarkan kepada kaki wayang. Nak tahu apa keistimewaan program ini? Jom baca selanjutnya!


Seperti mana program kesetiaan pelanggan yang lain, ahli akan menerima kad keahlian dan beberapa keistimewaan khusus kepada ahli TGV Movie Club. Antara keistimewaannya adalah:

1) MovieMoney
Sekiranya anda adalah ahli TGV Movie Club, bagi setiap pembelian di TGV, anda dapat mengumpul mata yang dikenali sebagai MovieMoney. Sangat berbaloi kerana anda akan dapat mata yang bersamaan dengan 10% daripada jumlah bil.

Contohnya: Sekiranya anda membeli tiket wayang berjumlah RM40, anda akan mendapat 4 MovieMoney yang boleh dikumpul dan ditebus dengan tiket wayang percuma atau popcorn percuma!

2) Hadiah Hari Jadi
Dapatkan 2 tiket wayang percuma dan 1 set popcorn biasa pada bulan kelahiran anda.

3) Hadiah Pendaftaran dan Pengaktifan
Apabila anda mendaftar sebagai ahli TGV Movie Club dan mengaktifkan keahlian anda online, anda akan menerima 2 tiket wayang percuma berserta 1 set popcorn biasa.

4) Profail Online
Selain daripada membuat tempahan tiket online, anda juga boleh menyemak baki MovieMoney, sejarah transaksi dan kemaskini butir-butir peribadi secara online.


Berminat?
Sekiranya anda seorang kaki wayang atau sering menonton wayang bersama kawan-kawan, kad ini sangat berbaloi untuk dimiliki. Cuma RM28 untuk mendaftar dan anda akan menerima 2 keping tiket dan 1 set popcorn biasa percuma.
Daftar online di: http://www.tgv.com.my/movieclub



Related

Review 1046844951281845683

Post a Comment

emo-but-icon



Trending

Terbaru

Komen

LIKE!


Lazada Malaysia
kedai fizziwizzi jual ubat jerawat dan masalah kulit lain

myKLIA.com portal info KLIA KLIA LCCT



untuk beriklan di sini dan capai lebih banyak audiens, sila hubungi kami melalui email: jfresources 'at' gmail.com

Online

item